Saturday, November 29, 2008

Keputusan Juara Lagu Muzik-muzik Entik Kreatif Separuh Akhir


Mara ke Anugerah Juara Lagu 2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

First sekali, syukur alhamdulillah, ada rezeki untuk mara setapak lagi ke peringkat akhir, anugerah juara lagu 2008 - a must see and most awaited music event in malaysia. kali ini, rezeki saya ke anugerah juara lagu dikurniakan Allah untuk lagu Dusta Berkalang nyanyian Aiman. Both of us me and aiman, infect, fedtri juga memang berdebar2, trough out the rehearsal sessions. anything can happen. since, untuk peringkat semi final lagu2 akan dinilai 70% terlebih dahulu melalui sessi pra penilaian. jadi, bakinya terletak pada persembahan semasa semi final. Alhamdulillah, please support this song, hantarlah request banyak2 pada radio2 di Malaysia bagi membantu air-play lagu ini di radio2. insyallah saya akan mula edarkan lagu ni untuk siaran radio dalam minggu depan. 

so belum ada plan untuk final lagi, nak relax dulu sehari dua, sambung recording album aiman dulu, dan sambil2 tu planning untuk final.

23 disember, aiman di bukit bintang untuk showcase anugerah juara lagu 2008,


Dusta Berkalang Berjaya Ke Peringkat Akhir Juara Lagu


Friday, November 21, 2008

Dusta Berkalang ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 2008



Saksikan Muzik-Muzik Separuh Akhir pada 28 November ini. Diharap semua peminat Aiman dapat memberikan sokongan dan undian kepada lagu tersebut. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada peminat yang memberikan sokongan dan undian.

Thursday, October 9, 2008

Pencalonan Baru Dusta Berkalang @ Muzik-Muzik TV3 pada 09 Oktober 2008 05.30pm


Cinta Terakhir

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o:

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan

http://hafiiiz.blogspot.com/2008/10/cinta-terakhir.html

Wednesday, October 1, 2008

Akademi Nasyid Aidilfitri (3 Oktober 2008, jam 9 malam)

Kampungku Dekat Di Hati
Oleh NOOR FARINA MOHAMED ASHRUDIN

Setiap tahun menjelang Aidilfitri, penghuni bandar berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Sebab itu kami meletakkan tagline Kampungku Dekat Di hati untuk tahun ini.

Lebih menarik, TV9 akan memulakan siaran pagi Aidilfitri bersama Ketupat Rendang Kopi O dan buat pertama kalinya sebuah program bual bicara bersiaran selama sembilan jam tanpa henti dari jam 6.30 pagi hingga 3.30 petang. Program ini diserikan lagi dengan personaliti dan selebriti TV9 seperti Aziz Desa, Mek Sayyidah, Farrah Adeeba, Syed Mohd Khair, Sharifah Nur dan Azura Abu Samah.

Menerusi program ini juga Adat Bersendi menemani penonton pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dengan berkongsi amalan tradisi, ilmu dan budaya yang dipraktikkan masyarakat Melayu serta umat Islam pada hari perayaan.

Rancangan yang dihoskan oleh Abu Talib ini mengingatkan penonton mengenai pentingnya memelihara adat Melayu yang kian dilupakan, terutama pada musim perayaan.

Seterusnya penonton berpeluang berkongsi kesedihan insan yang kehilangan orang tercinta dalam Rintihan Syawal pada jam 1 petang.

Menerusi program sebegini pasti dapat mengingatkan semua insan supaya sentiasa menghargai orang yang disayangi di sisi mereka.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan luahan hati keluarga arwah adik Nurin Jazlin Jazimin, Sharlinie dan Asmawi meraikan Aidilfitri tanpa mereka di sisi keluarga.

Ketupat Rendang Kopi O menutup tirai sembilan jamnya menerusi drama muzikal Enjit Enjit Semut jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, yang memaparkan keletah Nurul Syazliana (dari Studio Bintang Kecil) dan ramai lagi.

Mereka akan menghiburkan dengan nyanyian dan tarian menarik mereka di samping artis jemputan lain dengan lagu raya.

Kampungku Dekat Di Hati tidak lengkap jika hari raya tidak disajikan dengan rancangan muzikal. Justeru, Salam Dunia M Nasir yang disiarkan pada 1 Oktober 2008 jam 9 malam akan membawa penonton berhibur bersama penyanyi itu.

Turut memeriahkan suasana program muzikal ini ialah ratu rock, Ella, Meet Uncle Husin dan Sabri Yunus.

Seterusnya penonton dibawa menyelami perasaan insan yang diberi peluang kedua untuk menyambut hari raya dengan lebih bermakna menerusi Kembalikan Syawalku (2 Oktober 2008, 12 tengah hari).

Antara kisah yang dipaparkan ialah seorang mat rempit, penagih dadah yang insaf dan juga pesakit yang menghidapi kanser kritikal. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan luahan hati mereka menerusi Kembalikan Syawalku.

Kemeriahan Syawal akan bertambah dengan alunan melodi lagu raya dalam Syawal Bersama Anuar Zain (2 Oktober 2008, 9 malam) yang turut membawakan rakan artisnya seperti Sarah Raisuddin, Rem dan Deja Moss.Antara lagu yang didendangkan ialah Lelaki Ini, Erti Kasih, Asmara Ini, Kemaafan dan Suasana Hari Raya.

Kepada peminat Akademi Nasyid, jangan ketinggalan menyaksikan Akademi Nasyid Aidilfitri (3 Oktober 2008, jam 9 malam).

Program muzikal ini menampilkan johan dan finalis Akademi Nasyid seperti Azhan Atan, Aiman Sidek, Shukri (Cicik), Eda Fazilah, kumpulan D’Vision serta Muslim Voice. Artis undangan yang turut memeriahkan program ini ialah Ustaz Asri Ibrahim, Dayangku Intan dan Yassin.

Galaksi Aidilfitri diteruskan pada 3 Oktober 2008, jam 10.30. Episod ini menampilkan kehidupan balu pelakon arwah Yazid Sobrani bernama Nurashah Mohd Rashid yang kini sangat susah.

Dulu mereka hidup senang kerana masih ada suami. Namun, sejak kematian suami tersayang, kehidupan mereka terumbang-ambing bersama dua anak lelakinya.

Untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar tanpa orang tersayang, kini Nurashah menjual makanan sepanjang Ramadan ini. Keuntungan daripada perniagaan itu hanya RM30 sehari.

Walaupun kita menyambut kemeriahan di sisi keluarga tersayang, kita juga jangan lupa kepada mereka yang tiada tempat bergantung.

Justeru, TV9 berkongsi kemeriahan ini bersama lebih 50 anak yatim dari Rumah Baitul Hidayah sambil menghulurkan duit raya yang disumbangkan oleh Tabung TV3 Bersamamu.

Pengisian mantap dan program yang mempunyai unsur kasih sayang, pengorbanan serta ikatan kekeluargaan, disediakan sempena Aidilfitri 2008.

Pastikan anda tidak ketinggalan menontonnya bersama keluarga dan sahabat handai sepanjang Syawal ini menerusi TV9, Kampungku Dekat Di Hati anda. Selamat menonton!

Monday, September 15, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Persembahan mantap, vokal matang



Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Pada malam yang cukup bermakna dan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam Sabtu lalu menyaksikan detik bersejarah Azhan, 35, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sijil yang disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ternyata persembahan mantap dan konsisten Azhan saban minggu berjaya memikat hati barisan juri profesional pada malam itu, iaitu Farihin Abdul Fatah, Azmeer dan Ustaz Mohd Rrozie.

Malah, persembahan Azhan yang menyampaikan dua lagu Iqra' yang juga dendangan asal papa rock Ramli Sarip dan lagu baru ciptaan Yusof Ahmad, Segalanya Pasti turut mendapat pujian barisan juri dan menawan hati pengundi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Selaku juri tetap AN musim pertama, Farihin mengakui Azhan memang berhak memegang gelaran juara pada malam itu.

“Azhan menang bukan kerana juri dan pengundi SMS simpati dengan kecacatan penglihatannya itu sebaliknya dia dinilai kerana bakat besarnya dalam bidang nyanyian dan mampu menyemarakkan industri nasyid tempatan.

“Sejak episod pertama AN lagi, kami sudah jangka Azhan akan muncul sebagai juara AN musim pertama. Persembahannya sangat konsisten, kualiti vokal sangat matang mungkin kerana dia banyak bergaul dengan masyarakat sesuai dengan tugasnya sebagai tukang urut refleksologi sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Selain Azhan, Farihin berkata, dia sangat teruja dengan persembahan peserta solo, Mohamad Aiman Mohd Sidek atau Aiman pada malam itu.

“Saya bercakap sebagai pemerhati dan penonton AN kerana pada episod pertama AN, persembahan Aiman sangat lemah. Namun persembahannya meningkat saban minggu dan puncak persembahannya juga adalah pada malam ini. Bagi saya, dia adalah pelajar contoh AN musim pertama. Jika ada anugerah untuk pelajar cemerlang AN, Aiman adalah finalis yang paling layak untuk mendapat gelaran itu.

“Apapun, saya percaya industri nasyid memerlukan enam finalis yang bertanding malam ini kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri. Contohnya, kumpulan Muslim Voice dengan keunikan mereka menyampaikan lagu acapella yang cukup menghiburkan malam ini,” katanya

Sekalipun persembahannya mendapat pujian juri dan meraih undian tertinggi SMS, Azhan pula sebaliknya berkata, Mohd Shukri Nasrun atau Cicik adalah finalis yang memberikan cabaran besar buatnya dalam AN musim pertama.

“Cicik adalah penghibur yang baik dan sifatnya yang merendah diri menarik perhatian saya sejak awal AN lagi. Dia juga mempunyai kekuatan tersendiri kerana persembahannya asli dan selamba saja.Saya juga tidak terkilan, jika Cicik yang menjuarai AN musim pertama ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembahan lima lagi finalis pada malam itu, rata-rata tampil dengan persembahan yang tidak kurang hebatnya pada malam itu.

Tidak keterlaluan, jika dikatakan masing-masing bersaing sengit antara satu sama lain pada peringkat akhir itu untuk merebut gelaran juara.

Antara finalis paling menonjol pada malam itu ialah peserta solo Aiman yang menyampaikan dua lagu iaitu Nur Kasih dendangan kumpulan In Team dan lagu baru yang dicipta untuknya Dusta Berkalang.

Aiman memang `menang sorak' penonton yang membanjiri Sri Pentas 2 pada malam itu kerana peserta kacak yang berwajah komersil ini tampil dengan persembahan yang memberangsangkan. Ramai yang mengagumi semangat dan kesungguhan anak muda ini dalam kedua persembahannya malam itu. Lagu baru yang dicipta khusus buatnya nampak cukup serasi dengan vokalnya.

Kalau adapun sedikit kelemahan Aiman ialah dia nampak sedikit menggigil ketika di pentas dan kurang jelas dalam sebutannya. Menurut Azmeer, Aiman menggigil kerana berpunca dari masalah pernafasannya yang kurang.

Kumpulan Muslim Voice yang menyampaikan lagu Allah Hu dendangan asal kumpulan Raihan dan lagu baru Wahai Teman juga cukup menghiburkan penonton.

Tidak ketinggalan, Kumpulan D'Vision dengan lagu Dari Tuhan yang juga dendangan asal Awie/Raihan dan satu lagu baru Al-Akhir.

Persembahan mereka memang menarik dan membuktikan mereka memang layak bersaing pada peringkat akhir itu.

Manakala, persembahan dua lagi peserta solo, Cicik dan Eda Fazilah Ismail (Eda) masing-masing masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki.

Jika nak diikutkan Azmeer sendiri mengakui Cicik adalah penyanyi yang mempunyai nyanyian yang asli dan bawa elemen baru dalam irama nasyid, namun persembahannya pada malam itu seperti kurang penghayatan ketika menyampaikan lagu Kias Fansuri dendangan M.Nasir dan satu lagu baru Kerana Kau Mahu.

Tambah Farihin pula, Cicik hanya memberikan hanya 70 peratus pada persembahannya pada malam itu dan mempunyai kekurangan dari segi roh.

Eda pula menyampaikan lagu Tiada Yang Kekal dendangan El Suraya dan lagu barunya Menangislah Hati tapi persembahannya dicacatkan kelemahan dari segi vibrato sehingga menenggelamkan kemerduan suaranya.

Petikan: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Rap/20080902083451/Article/index_html

Monday, September 1, 2008

Akademi Nasyid : Konsert Akhir

Alhamdulillah, dari hari sabtu, baru hari ni sempat nak tulis blog untuk Konsert Akhir akademi Nasyid. bukannya apa, memang baru skrg ni berkesempatan. Ok, where should i start, erm, ok, rasanya sepanjang akademi nasyid berlangsung, konsert terakhir ni la merupakan konsert yang paling mencabar. saya sendiri, dan krew, serta peserta akademi nasyid memang bertungkus lumus. Saya sendiri memang kena terlibat secara tidak langsung dengan persembahan peserta, sbb saya compose lagu untuk Aiman, jadi secara tidak langsung saya memang kena datang semua session yang melibatkan latihan peserta. Sambil2 tu menjengah juga tolong2 peserta yang lain. (Ada yang letak komen: Kenapa buat lagu untuk Aiman?), di sini saya jawab (sebab saya dah kaji karakter suara dia dan kemampuan dia sebab dia memang rapat dengan saya di akademi jadi, lagu Dusta Berkalang ialah hadiah untuk Aiman). Ini tak bermakna saya bias pada Aiman, peserta yang lain pun saya bantu.

Jadi semuanya kena buat awal, biasa nya rehearsal di studio hijjaz di buat pada hari khamis, tapi untuk final concert, diawalkan jadi hari rabu. khamis dah sound check di sri pentas 2 sampai la sabtu petang.

So alhamdulillah, bila malam konsert akhir, studio sri pentas 2 memang FULL HOUSE. PACKED! respon audience pun memang bagus sekali. saya memang tak nafikan ada sikit gementar sebab ni malam akhir, tambah pulak, datuk seri zahid hamidi pun ada, vvip semua pun ada, jadi memang kena perform yang paling baik...

dari segi persembahan peserta, saya rasa semua dah buat ALL OUT. Anda boleh saksikan sendiri, di TV, di web, memang semua pun cuba buat yang terbaik. Walaupun ada persembahan yang tak begitu memberikan kesan pada emosi saya, tetapi, memang kesungguhan diorang dapat saya rasakan.

RM100,000 memang dah lama x ada dalam fikiran diorang semua. Semua tak fikir pasal wang tunai, yang penting persembahan yang dapat membuka mata masyarakat tentang persembahan diorang, dan komitemen yang diberi melebihi 100%.

Alhamdulillah, abg azhan dah dinobat sebagai juara. Azhan memang all time favorite ramai. Rezeki untuk famili abg an la tu. Kami berdua sempat berbual panjang sebelum konsert akhir, memikir hala tuju akademi nasyid selepas ini. nyatanya, abg an dengan saya ada persamaan pendapat.

Aiman pula ditempat kedua, insyallah kalau tak ada aral melintang, saya akan buat perbincangan dengan pihak TV9 untuk sunting aiman jadi artis rakaman di bawah saya. Tapi belum ada hitam putih lagi. Dengan aiman, memang saya dah maklumkan lama semenjak dia dalam akademi lagi. Dengan pihak TV9, saya baru cakap mulut sahaja, semuanya akan pergi ke meja perbincangan tak lama lagi.

Dvision, peserta yang dapat tempat ketiga pada mlm tu. Memang jelas nampaknya Dvision tak mensia2 kan Dak mie. tragedi di galeri akademi nasyid tempoh hari diambil betul2 oleh Dvision untuk dijadikan pengajaran.

Cicik, Eda dan Muslim Voice juga memang tak mengecewakan. Cicik ada bgtau yang dia memang tak dapat feel lagu baru sampai ke hari konsert. Dia tak menjumpai feel yang sebenarnya, menyebabkan persembahannya agak monotonous dan tidak cukup 'rasa'. Eda, saya menaruh sikit perasaan kasihan sebab agak 'tersiksa' menyanyikan lagu Menangislah Hati. Bukan sebab dia serak sebab banyak kali latihan, masalahnya, dari mula2 dapat lagu pun memang lagu tu dah tinggi. Agaknya kalau diubahsuai sikit, mesti masalah serak tu tak jadi. Muslim Voice - ketegangan masa pemilihan lagu diorang tempoh hari dah dileraikan dengan gembira sekali masa atas stage. Insyallah saya akan record lagu "Oh Tuhan" sebuah lagu acapela saya untuk Muslim Voice dalam masa terdekat.

Anyway, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menonton akademi nasyid sampai habis dan memberikan pelbagai komen. Ini baru permulaan, insyalalh jika ada rezeki Akademi nasyid 2, pasti kelemahan2 lalu akan diperhalusi dan diperbaiki.

Nantikan perkembangannya dari semasa ke semasa...

Wassalam...


Hafiz Hamidun
Hos Akademi Nasyid TV9

Petikan : http://hafiiiz.blogspot.com/2008/09/akademi-nasyid-konsert-akhir.html

Nur Kasih - Aiman


Dusta Berkalang oleh Aiman di Konsert akhir


Konsert ke-10 (pertunjukan) Lambaian - Aiman dan Fazli Zainal



Maaf, terlewat kemaskini video ini

Friday, August 22, 2008

Dusta Berkalang untuk Aiman di Final Akademi Nasyid

Insyallah Aiman akan sampaikan lagu yang saya cipta untuk beliau di Final Akademi Nasyid 30 Ogos ni. Liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya (MHI TV3). Insyallah, sama-sama support Akademi Nasyid akhir pada 30 hb ni, datang ramai-ramai ke Sri Pentas 2 Shah ALam....

Petikan http://hafiiiz.blogspot.com/2008/08/dusta-berkalang-untuk-aiman-di-final.html

Wednesday, August 20, 2008

8 dapat peluang kedua

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Sekalipun, tersenarai dalam kelompok tiga peserta terbawah, nasib masih berpihak kepada D’Vision dan sekali gus mengetepikan dua kumpulan lain iaitu In Heart dan Farhan yang tersingkir pada saat akhir. Namun, peluang masih ada buat peserta yang tewas.

Sehubungan itu, kejutan akan berlaku di konsert kesembilan, malam Sabtu ini apabila lapan peserta tersingkir diberi peluang beraksi semula di pentas Akademi Nasyid. Namun, hanya dua saja yang dipilih untuk ke peringkat akhir menyertai empat peserta berjaya.

Siapakah antara kumpulan Sofieya, Zuriana Ishak, Voice Of Men, Mohd Shahridzal Lokman, Eda Fazilah Ismail, Muslim Voice, In Heart dan Farhan menjadi pilihan juri dan penonton? Pastinya, sukar untuk meneka kerana masing-masing ada kekuatan sendiri.

Bagaimanapun, hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 menanti juara Akademi Nasyid musim ini. Apakah peserta solo akan muncul juara atau rezeki menjadi milik berkumpulan? Bahkan, sejauh mana dominasi pemuda cacat, Azhan terus bertahan?

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, berkata kejutan penyingkiran dua peserta iaitu In Heart dan Farhan di konsert kelapan lalu tidak bermakna peluang mereka sudah tertutup. Sebaliknya, pentas Akademi Nasyid masih dibuka buat kedua-duanya.

“Cuma, kali ini mereka perlu bersaing dengan enam peserta lain yang tersingkir sebelum ini. Justeru, tidak timbul soal tidak adil kerana masing-masing yang tersingkir tetap mendapat peluang. Boleh dikatakan ia ‘peluang kedua’ diberikan pada mereka.

“Oleh itu, terpulang bagaimana mereka menggunakannya. Apapun, bagi dua peserta dipilih ini nanti, penilaian pemarkahan masih tidak berubah iaitu 50 peratus daripada juri profesional dan 50 peratus lagi undian khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) penonton. Jadi, buatlah pilihan tepat,” katanya.

Bukhari berharap peserta Akademi Nasyid yang akan berentap dapat menonjolkan persembahan terbaik. Apapun, katanya, sukar untuk menjelaskan sejauh mana kedudukan peserta wanita kerana sekarang peluang dilihat sama rata.

“Saya hanya boleh kata, tidak mustahil peserta wanita juga mampu layak ke peringkat akhir. Itu pun berkemungkinan sekiranya juri profesional dan penonton mahukan ada wakil daripada wanita layak. Pada saya, peluangnya sama rata tiada yang lebih atau kurang,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Rap/20080815114407/Article/index_html

Sunday, August 3, 2008

Sepohon Kayu - Aiman

Persembahan terbaik Aiman khas untuk semua peminat, penyokong dan pengundi Aiman.
Tahniah untuk Aiman - Webmaster AimanFC

Saturday, August 2, 2008

Eda akur pilihan penonton


TERNOKHTAH: Eda Fazilah akur dengan penyingkirannya pada konsert minggu keenam.


Akademi Nasyid kini dikuasai lelaki

PUJIAN melambung yang diberikan tiga pengkritik, Farihin Abd Fatah, Isman Hijjaz dan Azmee Manap terhadap Eda Fazilah Ismail tidak langsung membantunya. Peserta dari Perak itu tersingkir pada konsert mingguan keenam Akademi Nasyid minggu lalu.

Eda, 23, mendendangkan lagu al-Quran Kalamullah mengikuti jejak Mohd Shahridzal, Sofieya, Zuriana Ishak dan Voice of Men yang tersingkir sebelum ini.

Hasilnya, peserta solo terdiri daripada lelaki yang masih bertahan ialah Mohamad Aiman Mohd Sidek, Mohd Shukri Nasrun dan Azhan Atan manakala peserta berkumpulan ialah D'Vision, In-Heart, Muslim Voices dan Farhan.

Menurut Eda, dia mengakui amat terkejut dengan keputusan itu, namun itu bukan penamat perjuangannya. Sebaliknya, ia satu permulaan fasa baru buat dirinya.

“Saya harus akur dengan keputusan ini kerana hampir saban minggu saya berada di kedudukan goyah biarpun sering mendapat pujian pengkritik. Tapi Insya-Allah, selagi minat saya terus bercambah dalam bidang seni, saya akan terus mengembangkan bakat yang ada. Selepas ini saya akan terikat dengan kontrak TV9 selama enam bulan.

“Kalau ada rezeki dan peluang, saya ingin menerjah persada seni dengan album nasyid sekali gus memeriahkan industri nasyid yang kekurangan artis wanita. Saya ingin mengikuti jejak penyanyi bertudung sebelum ini seperti Bienda dan Waheeda,” kata Eda yang bekerja di Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, perkara yang pasti menarik perhatian setiap kali berlangsungnya konsert ialah tumpuan kepada peserta yang cacat penglihatan, Azhar Atan, 35. Azhar yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, turut mencari rezeki membuat urutan refleksologi di Mid Town, Cheras.

Ditanya apakah dia dinilai dan terus unggul di Akademi Nasyid hanya kerana simpati yang mengatasi bakat, Azhar mempunyai pandangannya sendiri.

“Saya hanya membuat persembahan selamba dan seadanya. Saya rasa ada sedikit bakat yang boleh dikongsi bersama dan bukan kerana simpati semata-mata. Saya juga seperti insan biasa cuma sebelah penglihatan saya tidak boleh nampak. Sebelum menyertai Akademi Nasyid, saya pernah membuat persembahan di beberapa tempat dan negeri,” kata Azhar.

Selain Azhar, Mohd Syukri Nasrun dan D’Vision juga memberikan persembahan yang disambut tepukan gemuruh. Menurut Azmee, dia melihat kumpulan D’Vision sebagai generasi nasyid pelapis yang boleh diketengahkan dalam arus perdana. Begitu juga dengan peserta solo, Mohd Shukri Nasrun yang berkebolehan menyanyi sambil memetik gitar. Bagi Shukri, dia tidak menaruh harapan yang tinggi untuk bergelar juara tapi menitip keinginan untuk beraksi di pentas akhir pada 30 Ogos nanti.

“Sebagaimana yang diingini semua peserta, saya juga mempunyai perasaan yang sama. Saya tidak berani meletakkan 100 peratus keyakinan untuk ke peringkat akhir kerana persembahan kami semua dinilai undian SMS, juri profesional dan selebihnya soal rezeki.

“Saya menyertai pertandingan ini sebagai landasan terbaik untuk menyampaikan lagu sendiri dan kawan-kawan saya. Saya lambat menangkap minat untuk meminati lagu nasyid, saya lebih terdedah kepada lagu ketuhanan yang bersifat kontemporari seperti dendangan lagu M Nasir dan Ramli Sarip,” kata Shukri yang mula bermain gitar pada 2002.

INFO: Akademi Nasyid
Dihoskan oleh bekas anggota UNIC, Hafiz Hamidun
Persembahan peserta pada malam itu turut diiringi bekas kumpulan Brothers seperti Yasin.
Pertandingan akhir dijangka berlangsung pada 30 Ogos ini di lokasi yang sama, Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Petikan: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20080801062703/Article/

Sunday, July 27, 2008

Penyokong kuat Aiman

Ibu dan bapa Aiman.

Abang Aiman Best!

Sallehuddin Al Ayubi - Aiman

Tidak sangka tersingkir


Persembahan peserta yang bertugas sebagai penyelia tapak dengan syarikat vendor Telekom dari Kuantan, Pahang itu ternyata gagal menawan hati barisan juri pada malam itu, Farihin Abdul Fatah, Azmee Manap dan Isman Nadin Isam (anggota Hijjaz).

Malah, barisan juri sepakat mengatakan Mohd Shahridzal memang mempunyai nada suara bagus ketika menyampaikan lagu Seroja yang dipopularkan S Affendi tapi sayangnya dia tidak ada jiwa, kurang emosi dan penghayatan ketika me nyampaikan lagu berkenaan.

Ketika ditemui selepas konsert berakhir, Mohd Shahridzal berkata, dia tidak menyangka tersingkir pada malam itu.

“Memang saya kecewa apabila diumumkan tersingkir ke rana sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan sedia ada. Tapi mungkin kerana kelebihan luar biasa yang di harapkan penonton pada saya tidak ada malam ini. Saya setuju dengan Farihin, emosi saya tidak keluar.

“Saya juga berasa sedikit terganggu bila melihat undian penonton untuk saya rendah pada permulaan konsert ini.

“Namun, kalah dan menang, sudah adat dalam mana-mana pertandingan. Saya reda dengan ketentuan Tuhan. Berjaya sampai pada tahap sekarang pun, saya sudah bersyukur kerana sepanjang di AN, banyak ilmu dipelajari terutama kelas vokal.

“Antara peserta AN yang memberi saingan sengit kepada saya ialah peserta solo, Azhan Atan, peserta tunggal wanita, Eda Fazilah Ismail (Eda), kumpulan Farhan dan D’vision kerana vokal mereka bagus,” katanya.

Mohd Shahridzal berkata, penyingkiran pada malam itu bukan bermaksud perjuangannya untuk mencari tapak se bagai penyanyi solo juga berakhir.

“Sebenarnya, saya sudah menyanyi sejak kecil lagi. Saya juga mempunyai kumpulan nasyid sendiri, As One ketika di kolej. Selain itu, saya pernah buat uji bakat untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) tapi tidak berjaya.
“Saya memang minat menyanyi dan berharap ada pihak berminat membantu mencapai impian untuk buat album solo. Selain lagu ketuhanan, saya juga minat menyanyikan lagu puisi, pop dan balada,” katanya.

“Saya memang minat menyanyi dan berharap ada pihak berminat membantu mencapai impian untuk buat album solo. Selain lagu ketuhanan, saya juga minat menyanyikan lagu puisi, pop dan balada,” katanya.

Kata Mohd Shahridzal lagi, dia juga mengambil cuti selama tiga bulan semata-mata untuk memberi komitmen pada AN.

“Selepas penyingkiran daripada AN, saya terbabit pula dengan program Nasi Lemak Kopi O dan selepas itu kembali ke Kuantan untuk bekerja seperti biasa,” katanya.

Selain Mohd Shahridzal, dua lagi peserta berkumpulan yang berada di kedudukan membimbangkan minggu lalu, Muslim Voice dan In Heart sekali lagi diumumkan pengacara, Hafiz Hamidon mendapat undian terendah pada konsert kelima berkenaan.

Pada malam itu, Muslim Voice dari Pahang memilih lagu Doa Perpisahan (kumpulan Brothers) dan In Heart dari Kuala Lumpur pula dengan lagu Ku Berlari (Firdaus).

Konsert kelima menyaksikan kehebatan peserta berkum pulan seperti kumpulan Farhan dari Melaka yang mem pertaruhkan lagu Damba Cintamu (Raihan). Persembahan mereka juga mendapat pujian barisan juri terutama Farihin yang mengakui kumpulan itu mempunyai penghayatan bagus ketika menyampaikan lagu berkenaan.

Selain itu, Kumpulan D’Vision (Melaka) yang menyam paikan lagu Syukur (Raihan) turut menawan hati juri. Kata Farihin, mereka mempunyai vokal yang lebih padu dan jelas. Persembahan mereka juga diserikan lagi dengan kelebihan mereka bermain kompang pada malam itu.

Berbanding pada persembahan minggu lalu, rata-rata pe serta solo mempunyai kelemahan dari segi emosi dan peng hayatan pada konsert kelima itu.

Antaranya, Eda, satu-satunya peserta tunggal wanita yang menyampaikan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu (Aishah). Eda mempunyai vokal yang merdu dan lantang tapi hanya memberikan emosi 50 peratus saja pada lagu yang me ngisahkan pengorbanan ibu itu.

Selain diberikan kejutan dengan kemunculan ibunya di pentas, ia tidak banyak membantu penghayatannya pada malam itu.

Begitu juga dengan peserta dari Pahang, Mohd Syukri Nasrun yang menyampaikan lagu Kembara (Al-Jawaher). Entah mengapa, jejaka berbakat ini ‘terlebih emosi’ sehingga menjejaskan persembahannya.

Dua lagi peserta solo yang masih bertahan ialah Azhan dari Johor yang mendendangkan lagu Sesungguhnya (Raihan) dan Mohamad Aiman Mohd Sidek (Terengganu) menyanyikan lagu Hikmah Kembara (kumpulan Mirwana).

Sementara itu, juri tetap, Farihin berkata, secara kese luruhannya pada minggu kelima, persembahan peserta ber kumpulan lebih memberangsangkan berbanding peserta so lo.

“Semua peserta berkumpulan ada peningkatan kecuali kumpulan Muslim Voice. Kumpulan ini dikenali kerana keunikan mereka yang ceria dan bersahaja. Mereka cuba buat kelainan pada konsert ini dengan berlakon tapi nampaknya ia tidak menjadi dan seperti dibuat-buat,” katanya.

Kata Farihin lagi, rata-rata peserta solo mempunyai ke lemahan dari segi emosi dan penghayatan pada persembahan mereka.

Monday, July 14, 2008

Akademi Nasyid: Voice of Men tersingkir

SHAH ALAM: Peserta dari Johor, Voice of Men menjadi peserta ketiga tersingkir daripada program realiti terbitan TV9, Akademi Nasyid bagi episod keempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Voice of Men, yang mendendangkan lagu Tabur Jasa Semai Budi, dipopularkan Inteam gagal menarik perhatian juri yang terdiri daripada Farihin Abdul Fatah, Siso (Kopratasa) dan Suhaimi Mior Hassan.

Kegagalan kumpulan itu meneruskan cabaran pada Akademi Nasyid berkenaan menyebabkan peluang merebut hadiah utama bernilai RM100,000, berkecai.

Kumpulan lain yang masih berpeluang meneruskan perjuangan ialah D'Vision, In-Heart, Muslim Voices dan Farhan.

Sementara peserta solo masih bertahan ialah Mohd Shahridzal Lokma, Mohamad Aiman Mohd Sidek, Eda Fazilah Ismail, Mohd Shukri Nasrun dan Azhan Atan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20080713125752/Article/

Aiman perlu belajar dari "Senior"

Sunday, July 13, 2008

Cerita Hati Oleh Aiman


Cerita hati oleh Aiman di Akademi nasyid pada minggu ke-4.

Wednesday, July 9, 2008

Laluan sukar peserta wanita


Giliran Zuriana Ishak tersingkir daripada Akademi Nasyid

JIKA namanya program realiti, fenomena yang dihadapi peserta rata-rata sama termasuklah program Akademi Nasyid yang mula diperkenalkan sejak tiga minggu lalu menerusi saluran TV9.

Dalam mana-mana program realiti, peserta wanita sering kali menjadi mangsa khidmat pesanan ringkas (SMS) sekalipun terbukti mereka berbakat. Minggu lalu, satu-satunya kumpulan wanita Sofieya menjadi kumpulan pertama yang disingkirkan.

Nasib malang terus menimpa peserta wanita apabila peserta solo dari Pulau Pinang, Zuriana Ishak pula mengikut jejak langkah Sofieya.

Peserta berusia 32 tahun itu mendendangkan lagu milik penyanyi Indonesia, Krisdayanti, Doaku Harapanku. Mungkinkah minggu depan giliran satu-satunya peserta wanita yang masih bertahan Eda Fazilah Ismail pula, memandangkan undian SMS yang ditunjukkan di awal program Sabtu lalu Eda hanya mampu mengutip satu peratus undian?

Zuriana yang ditemui sejurus selesai konsert tidak kecewa dengan penyingkirannya. Bagaimanapun mengakui harapannya besar untuk melangkah jauh dalam Akademi Nasyid memandangkan hanya dia dan Eda Fazilah saja peserta wanita yang masih bertahan. Nampaknya, hasrat Zuriana terkubur pada minggu ketiga.



BAWA KELAINAN: Imej In Heart tidak seperti kumpulan nasyid tipikal.

"Saya menyedari persembahan minggu ini ada sedikit kurang. Malah tidak saya nafikan ada peserta lain yang berbakat, tetapi saya perlu akur ini adalah adat pertandingan," kata Zuriana yang sebelum ini pernah juga mencuba nasib di dalam Akademi Fantasia.

Sementara itu, juri mingguan Farihin Abdul Fatah yang menilai perkembangan peserta setiap minggu berkata, secara keseluruhan dia melihat prestasi peserta untuk minggu ketiga menunjukkan turun naik. Katanya, ada peserta yang menunjukkan peningkatan dan tidak kurang juga yang menurun sedikit prestasi mereka.

"Secara umum semua peserta menunjukkan kesungguhan sejak minggu lalu lagi. Bagaimanapun mereka masih berada di peringkat menyesuaikan diri. Mereka banyak memikirkan dari sudut teknikal seperti terlalu memandang kamera menyebabkan fokus mereka pada nyanyian berkurangan.

"Setiap peserta harus mempunyai emosi dan penghayatan ketika menyanyi kerana apa yang dirasakan penonton di studio tidak sama dengan penonton di rumah. Televisyen umpama alat saringan, jika peserta memberi 50 peratus emosi, yang sampai di rumah hanyalah 25 peratus saja. Sama seperti apa yang berlaku kepada Zuriana, jika dia lebih fokus persembahannya pasti akan memberi impak," katanya.


Sudah namanya program realiti, Akademi Nasyid juga tidak kurang dengan kejutan apabila peserta kegemaran ramai, Azhan Atan diumumkan berada di tiga tangga terbawah bersama-sama dengan Zuriana dan Mohd Shahridzal Lokma. Menurut salah seorang tenaga pengajar Akademi Nasyid, Yassin Sulaiman, sifat terlalu yakin Azhan Atan meletakkan kedudukan peserta itu dalam bahaya. Katanya, pujian berlebihan boleh mendatangkan masalah yang seterusnya menyebabkan prestasi peserta menurun akibat lalai dengan pujian.

"Dari sudut SMS, Azahan mendapat sokongan kuat tetapi minggu ini juri tidak memihak kepadanya. Azahan terlalu yakin sehingga menyebabkan dia berada di luar kawalan. Inilah masalahnya apabila banyak sangat pujian diberikan, sehingga peserta tidak boleh fokus dalam persembahan" katanya.

Dengan penyingkiran Zuriana, kini tinggal lima lagi peserta solo iaitu Azhan Atan, Eda Fazilah Ismail, Mohd Shahridzal Lokma, Mohd Aiman Mohd Sidek dan Mohd Shukri Nasrun. Manakala lima lagi kumpulan yang masih bertahan ialah Voice Of Men, D'Vision, In Heart, Muslim Voice dan Farhan untuk merebut hadiah lumayan bernilai RM 100,000.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20080708062717/Article/

Tuesday, July 8, 2008

Penyokong dan Peminat Aiman Minggu Ke-3















Aiman akan perbaiki lagi kelemahan yang ada.

Persembahan Aiman Pada Minggu Ke-3


Kedudukan semasa undian setiap peserta dan harapan/sokongan ibubapa kepada Aiman



Hobi di masa lapang Aiman



Tugasan yang diberi kepada Aiman minggu ini

Jangan lupa mengundi Aiman, SMS: AN AIMAN ke 33399

Monday, July 7, 2008

Cerita Hati di Akademi Nasyid

"Ha, kepada semua supporter Hafiz Hamidun, kali ni boleh dengar lagu Cerita Hati saya tu di Konsert Keempat Akademi Nasyid. Aiman akan bawa lagu tu. So, kalau nak dengar Aiman menyanyi lagu Cerita Hati, jangan lupa, Akademi Nasyid minggu depan.!" - Hafiz Hamidun

Thursday, July 3, 2008

Persembahan Pertama Aiman Di Pantai Batu Buruk

Aiman telah membuat persembahan pertama di Karnival Terengganu di Pantai Batu Buruk baru² nie. Dalam persembahan tersebut Aiman telah menyampaikan 2 buah lagu. Sambutan daripada pengunjung dan penonton amat menggalakan. Diharap undian dari penyokong dan peminat Aiman akan terus mengundi Aiman dalam persembahan di akademi nasyid pada minggu yang akan datang. Untuk gambar² lain seperti penyokong dan peminat Aiman, anda semua boleh melawati blog Aiman FC dan juga blog rasmi Aiman.

Petikan : http://idanatrah.fotopages.com/?entry=1601644

P/S: Maaf kepada semua peminat dan penyokong kerana Aiman tidak sampat memaklumkan awal tentang persembahan Aiman di Kuala Terengganu.