Monday, September 15, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Persembahan mantap, vokal matang



Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Pada malam yang cukup bermakna dan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam Sabtu lalu menyaksikan detik bersejarah Azhan, 35, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sijil yang disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ternyata persembahan mantap dan konsisten Azhan saban minggu berjaya memikat hati barisan juri profesional pada malam itu, iaitu Farihin Abdul Fatah, Azmeer dan Ustaz Mohd Rrozie.

Malah, persembahan Azhan yang menyampaikan dua lagu Iqra' yang juga dendangan asal papa rock Ramli Sarip dan lagu baru ciptaan Yusof Ahmad, Segalanya Pasti turut mendapat pujian barisan juri dan menawan hati pengundi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Selaku juri tetap AN musim pertama, Farihin mengakui Azhan memang berhak memegang gelaran juara pada malam itu.

“Azhan menang bukan kerana juri dan pengundi SMS simpati dengan kecacatan penglihatannya itu sebaliknya dia dinilai kerana bakat besarnya dalam bidang nyanyian dan mampu menyemarakkan industri nasyid tempatan.

“Sejak episod pertama AN lagi, kami sudah jangka Azhan akan muncul sebagai juara AN musim pertama. Persembahannya sangat konsisten, kualiti vokal sangat matang mungkin kerana dia banyak bergaul dengan masyarakat sesuai dengan tugasnya sebagai tukang urut refleksologi sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Selain Azhan, Farihin berkata, dia sangat teruja dengan persembahan peserta solo, Mohamad Aiman Mohd Sidek atau Aiman pada malam itu.

“Saya bercakap sebagai pemerhati dan penonton AN kerana pada episod pertama AN, persembahan Aiman sangat lemah. Namun persembahannya meningkat saban minggu dan puncak persembahannya juga adalah pada malam ini. Bagi saya, dia adalah pelajar contoh AN musim pertama. Jika ada anugerah untuk pelajar cemerlang AN, Aiman adalah finalis yang paling layak untuk mendapat gelaran itu.

“Apapun, saya percaya industri nasyid memerlukan enam finalis yang bertanding malam ini kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri. Contohnya, kumpulan Muslim Voice dengan keunikan mereka menyampaikan lagu acapella yang cukup menghiburkan malam ini,” katanya

Sekalipun persembahannya mendapat pujian juri dan meraih undian tertinggi SMS, Azhan pula sebaliknya berkata, Mohd Shukri Nasrun atau Cicik adalah finalis yang memberikan cabaran besar buatnya dalam AN musim pertama.

“Cicik adalah penghibur yang baik dan sifatnya yang merendah diri menarik perhatian saya sejak awal AN lagi. Dia juga mempunyai kekuatan tersendiri kerana persembahannya asli dan selamba saja.Saya juga tidak terkilan, jika Cicik yang menjuarai AN musim pertama ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembahan lima lagi finalis pada malam itu, rata-rata tampil dengan persembahan yang tidak kurang hebatnya pada malam itu.

Tidak keterlaluan, jika dikatakan masing-masing bersaing sengit antara satu sama lain pada peringkat akhir itu untuk merebut gelaran juara.

Antara finalis paling menonjol pada malam itu ialah peserta solo Aiman yang menyampaikan dua lagu iaitu Nur Kasih dendangan kumpulan In Team dan lagu baru yang dicipta untuknya Dusta Berkalang.

Aiman memang `menang sorak' penonton yang membanjiri Sri Pentas 2 pada malam itu kerana peserta kacak yang berwajah komersil ini tampil dengan persembahan yang memberangsangkan. Ramai yang mengagumi semangat dan kesungguhan anak muda ini dalam kedua persembahannya malam itu. Lagu baru yang dicipta khusus buatnya nampak cukup serasi dengan vokalnya.

Kalau adapun sedikit kelemahan Aiman ialah dia nampak sedikit menggigil ketika di pentas dan kurang jelas dalam sebutannya. Menurut Azmeer, Aiman menggigil kerana berpunca dari masalah pernafasannya yang kurang.

Kumpulan Muslim Voice yang menyampaikan lagu Allah Hu dendangan asal kumpulan Raihan dan lagu baru Wahai Teman juga cukup menghiburkan penonton.

Tidak ketinggalan, Kumpulan D'Vision dengan lagu Dari Tuhan yang juga dendangan asal Awie/Raihan dan satu lagu baru Al-Akhir.

Persembahan mereka memang menarik dan membuktikan mereka memang layak bersaing pada peringkat akhir itu.

Manakala, persembahan dua lagi peserta solo, Cicik dan Eda Fazilah Ismail (Eda) masing-masing masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki.

Jika nak diikutkan Azmeer sendiri mengakui Cicik adalah penyanyi yang mempunyai nyanyian yang asli dan bawa elemen baru dalam irama nasyid, namun persembahannya pada malam itu seperti kurang penghayatan ketika menyampaikan lagu Kias Fansuri dendangan M.Nasir dan satu lagu baru Kerana Kau Mahu.

Tambah Farihin pula, Cicik hanya memberikan hanya 70 peratus pada persembahannya pada malam itu dan mempunyai kekurangan dari segi roh.

Eda pula menyampaikan lagu Tiada Yang Kekal dendangan El Suraya dan lagu barunya Menangislah Hati tapi persembahannya dicacatkan kelemahan dari segi vibrato sehingga menenggelamkan kemerduan suaranya.

Petikan: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Rap/20080902083451/Article/index_html

Monday, September 1, 2008

Akademi Nasyid : Konsert Akhir

Alhamdulillah, dari hari sabtu, baru hari ni sempat nak tulis blog untuk Konsert Akhir akademi Nasyid. bukannya apa, memang baru skrg ni berkesempatan. Ok, where should i start, erm, ok, rasanya sepanjang akademi nasyid berlangsung, konsert terakhir ni la merupakan konsert yang paling mencabar. saya sendiri, dan krew, serta peserta akademi nasyid memang bertungkus lumus. Saya sendiri memang kena terlibat secara tidak langsung dengan persembahan peserta, sbb saya compose lagu untuk Aiman, jadi secara tidak langsung saya memang kena datang semua session yang melibatkan latihan peserta. Sambil2 tu menjengah juga tolong2 peserta yang lain. (Ada yang letak komen: Kenapa buat lagu untuk Aiman?), di sini saya jawab (sebab saya dah kaji karakter suara dia dan kemampuan dia sebab dia memang rapat dengan saya di akademi jadi, lagu Dusta Berkalang ialah hadiah untuk Aiman). Ini tak bermakna saya bias pada Aiman, peserta yang lain pun saya bantu.

Jadi semuanya kena buat awal, biasa nya rehearsal di studio hijjaz di buat pada hari khamis, tapi untuk final concert, diawalkan jadi hari rabu. khamis dah sound check di sri pentas 2 sampai la sabtu petang.

So alhamdulillah, bila malam konsert akhir, studio sri pentas 2 memang FULL HOUSE. PACKED! respon audience pun memang bagus sekali. saya memang tak nafikan ada sikit gementar sebab ni malam akhir, tambah pulak, datuk seri zahid hamidi pun ada, vvip semua pun ada, jadi memang kena perform yang paling baik...

dari segi persembahan peserta, saya rasa semua dah buat ALL OUT. Anda boleh saksikan sendiri, di TV, di web, memang semua pun cuba buat yang terbaik. Walaupun ada persembahan yang tak begitu memberikan kesan pada emosi saya, tetapi, memang kesungguhan diorang dapat saya rasakan.

RM100,000 memang dah lama x ada dalam fikiran diorang semua. Semua tak fikir pasal wang tunai, yang penting persembahan yang dapat membuka mata masyarakat tentang persembahan diorang, dan komitemen yang diberi melebihi 100%.

Alhamdulillah, abg azhan dah dinobat sebagai juara. Azhan memang all time favorite ramai. Rezeki untuk famili abg an la tu. Kami berdua sempat berbual panjang sebelum konsert akhir, memikir hala tuju akademi nasyid selepas ini. nyatanya, abg an dengan saya ada persamaan pendapat.

Aiman pula ditempat kedua, insyallah kalau tak ada aral melintang, saya akan buat perbincangan dengan pihak TV9 untuk sunting aiman jadi artis rakaman di bawah saya. Tapi belum ada hitam putih lagi. Dengan aiman, memang saya dah maklumkan lama semenjak dia dalam akademi lagi. Dengan pihak TV9, saya baru cakap mulut sahaja, semuanya akan pergi ke meja perbincangan tak lama lagi.

Dvision, peserta yang dapat tempat ketiga pada mlm tu. Memang jelas nampaknya Dvision tak mensia2 kan Dak mie. tragedi di galeri akademi nasyid tempoh hari diambil betul2 oleh Dvision untuk dijadikan pengajaran.

Cicik, Eda dan Muslim Voice juga memang tak mengecewakan. Cicik ada bgtau yang dia memang tak dapat feel lagu baru sampai ke hari konsert. Dia tak menjumpai feel yang sebenarnya, menyebabkan persembahannya agak monotonous dan tidak cukup 'rasa'. Eda, saya menaruh sikit perasaan kasihan sebab agak 'tersiksa' menyanyikan lagu Menangislah Hati. Bukan sebab dia serak sebab banyak kali latihan, masalahnya, dari mula2 dapat lagu pun memang lagu tu dah tinggi. Agaknya kalau diubahsuai sikit, mesti masalah serak tu tak jadi. Muslim Voice - ketegangan masa pemilihan lagu diorang tempoh hari dah dileraikan dengan gembira sekali masa atas stage. Insyallah saya akan record lagu "Oh Tuhan" sebuah lagu acapela saya untuk Muslim Voice dalam masa terdekat.

Anyway, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menonton akademi nasyid sampai habis dan memberikan pelbagai komen. Ini baru permulaan, insyalalh jika ada rezeki Akademi nasyid 2, pasti kelemahan2 lalu akan diperhalusi dan diperbaiki.

Nantikan perkembangannya dari semasa ke semasa...

Wassalam...


Hafiz Hamidun
Hos Akademi Nasyid TV9

Petikan : http://hafiiiz.blogspot.com/2008/09/akademi-nasyid-konsert-akhir.html

Nur Kasih - Aiman


Dusta Berkalang oleh Aiman di Konsert akhir


Konsert ke-10 (pertunjukan) Lambaian - Aiman dan Fazli Zainal



Maaf, terlewat kemaskini video ini