Sunday, June 29, 2008

Sofieya tersingkir Akademi Nasyid

BERAKHIR: Kumpulan Sofieya tersingkir daripada Akademi Nasyid.

SHAH ALAM: Kumpulan Sofieya menjadi peserta pertama tersingkir daripada program realiti terbitan TV9, Akademi Nasyid, yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai Nurul Izzah Radzi, Nurul Ain Jeffrie, Yyanty Nur Ain Jeni dan Norul Huda Arsah itu gagal menarik perhatian juri dan penonton dengan lagu Senyum yang dipopularkan Raihan, seterusnya meletakkan mereka kedudukan paling bawah.

Dengan terkeluarnya kumpulan dari Kuala Lumpur itu, program yang menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000 itu kini menjadi rebutan lima kumpulan dan enam peserta solo.

Kumpulan terbabit ialah D'Vision, In-Heart, Voice of Men, Muslim Voices, Farhan manakala peserta solo, Zuriana Ishak, Mohd Shahridzal Lokma, Mohamad Aiman Mohd Sidek, Eda Fazilah Ismail, Mohd Shukri Nasrun dan Azhan Atan.

Sebanyak 50 peratus markah peserta Akademi Nasyid diberikan tiga juri undangan iaitu komposer Azmee Manap, Farihin Abdul Fatah dan Amran Omar, manakala 50 peratus lagi undian penonton.

Program realiti nasyid pertama di negara ini, diacarakan penyanyi Hafiz Hamidun dan disiarkan secara langsung setiap Sabtu mulai 21 Jun lalu, dari jam 8.30 malam hingga 10 malam di TV9.



Kasih Kekasih oleh Aiman



Hantar SMS: AN AIMAN ke 33399

Thursday, June 26, 2008

Wednesday, June 25, 2008

Oleh jams

Dikemaskini pada 27/06/2008 03.16pm

Wednesday, June 18, 2008

Peserta Akademi Nasyid di TV9 mula bertanding Sabtu ini

Oleh Rozdan Mazalan

TV9 memperuntukkan RM1 juta bagi merealisasikan program realiti Akademi Nasyid. Sebanyak RM100,000 daripada jumlah itu dikhaskan sebagai hadiah utama kepada seorang daripada 12 peserta yang bakal bertanding di peringkat akhir selaing peluang merakamkan album.

Program realiti pertama yang mengangkat lagu ketuhanan ini bakal menemui penonton di TV9 apabila misi pencarian 12 finalis terbaik sudah ditemui selepas berhempas pulas ke serata negeri dalam sesi uji bakat.

Program Akademi Nasyid ini akan disiarkan TV9 , setiap Sabtu, jam 8.30 malam bermula 21 Jun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Bukhari Che Muda berkata, TV9 memberi ruang kepada muzik dari genre nasyid kerana nasyid juga adalah sesuatu yang bersifat sejagat.

"Misi program realiti Akademi Nasyid ini juga adalah untuk melahirkan penyanyi atau artis nasyid berkaliber dan menaikkan taraf muzik ini setaraf dengan muzik sedia ada.

"Kebanyakan peserta yang menyertai uji bakat program ini sudah bersedia sehingga menyukarkan juri memilih kumpulan atau solo terbaik. Ini adalah rancangan realiti muzikal nasyid yang tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana stesen televisyen lain di Malaysia," katanya di sidang media selepas memperkenalkan 12 finalis Akademi Nasyid, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau yakin rancangan realiti seperti Akademi Nasyid mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton kerana dalam rancangan ini, pihaknya dapat melahirkan ramai lagi bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari.

Seorang daripada peserta Akademi Nasyid ini, Azhan Atan, 35 dari Johor berkata, program Akademi Nasyid dianggap unik kerana penganjur tidak memilih personaliti pesertanya memandangkan fizikal bukanlah ukuran tetapi bakat.

"Saya bersyukur terpilih sebagai 12 peserta peringkat akhir .Walaupun saya mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka betul-betul menilai kepada bakat. Ini juga program pertama saya ceburi dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan TV9 sebaik mungkin," katanya.

Sementara bagi Mohd Shukri Nasrun, 25 dari Pahang pula, berpendapat, penyampaian mesej dakwah melalui lagu tidak terlalu bergantung kepada imej seseorang.

"Penampilan saya sebegini bukanlah ukuran yang dinilai juri semasa sesi uji bakat. Saya bersyukur terpilih kerana penganjur bersikap terbuka dalam menilai bakat peserta.

"Sepanjang enam tahun bekerja sebagai pemuzik jalanan di Kampung Baru dan Up Town, Damansara, saya berasakan Akademi Nasyid inilah tempat yang paling sesuai bagi saya mempertaruhkan irama ketuhanan yang terlalu dekat di hati saya," katanya yang menggayakan imej rock sebagai taruhan dalam program itu nanti.

Peserta dari Pulau Pinang, Zuriana Ishak, 32 berkata, pengalaman selama empat tahun penyanyi di majlis korporat cukup mematangkan dirinya. Sepanjang itu juga dirasai, imej rock yang ditonjolkan sebelum ini tidak memenuhi cita rasanya sehingga teringin beralih kepada irama ketuhanan.

"Sepanjang empat tahun sebelum ini saya tidak bertudung dan kini, Alhamdulillah saya memakainya tudung sejak empat lalu kerana minat yang saya cari selama ini sudah ditemui. Sebab itu, saya amat berminat untuk menyertai prpgram ini disebabkan mesej ketuhanan adalah sesuatu yang saya cari selama ini," katanya.

Turut bertanding dalam Akademi Nasyid musim pertama ini ialah Mohd Shukri Nasrun (Pahang), Zuriana Ishak (Pulau Pinang), Mohamad Aiman Mohd Sidek, (Terengganu), Mohd Shahridzal Lokma (Pahang), Eda Fazilah Ismail (Perak) dan Azhan Atan (Johor).

Sementara peserta berkumpulan pula terdiri daripada Sofieya (Kuala Lumpur), Voice of Men (Johor), In heart (Kuala Lumpur), Muslim Voice (Pahang), Farhan (Melaka) dan D'Vision (Melaka).

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20080617062044/Article/

Tuesday, June 17, 2008

Sunday, June 15, 2008

Akademi Nasyid: Sesi Ujibakat di Kuala Terengganu



Aiman Akademi Nasyid Di TV9




Program realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan di TV9 yang bakal disiarkan bermula Sabtu ini 21 Jun 2008 bakal menampilkan bakat² baru yang mampu memeriahkan lagi dunia seni nasyid tanahair kita.

Di sini kami ingin memperkenalkan seorang pesertanya yang berasal dari negeri Terengganu iaitu Mohamad Aiman Bin Md Sidek berusia 19 tahun.


Serba sedikit tentang biodata Mohamad Aiman :-
  1. Bersekolah di Sek Ren Keb Rantau Petronas semasa darjah 1 hingga darjah 2.
  2. Bersekolah di Sek Ren Keb Tg Bariah dari darjah 2 hingga 6
  3. Meneruskan persekolahan di Sek Men Padang Midin dari Tingkatan 1 hingga 3
  4. Meneruskan lagi persekolahan Di Sek Men Teknik K.Terengganu dari Tingkatan 4 hingga 5
  5. Sekarang belajar di UNITEN cawangan Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Diantara pencapaian Aiman sebelum ini ialah :-

  1. Menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah
  2. Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah, beberapa kali menjadi naib johan
  3. Johan pertandingan azan peringkat sekolah (SMK Teknik)
  4. Penyanyi utama kumpulan nasyid sekolah(2005-2006) Hobi Aiman ialha menyanyi lagu² nasyid dan bermain bolasepak

Jadi sama²lah kita semua memberikan sokongan kepada Aiman dan untuk mengundi Aiman anda bolehlah sms kepada ...... AN AIMAN 33399


http://www.tv9.com.my/