Sunday, July 27, 2008

Tidak sangka tersingkir


Persembahan peserta yang bertugas sebagai penyelia tapak dengan syarikat vendor Telekom dari Kuantan, Pahang itu ternyata gagal menawan hati barisan juri pada malam itu, Farihin Abdul Fatah, Azmee Manap dan Isman Nadin Isam (anggota Hijjaz).

Malah, barisan juri sepakat mengatakan Mohd Shahridzal memang mempunyai nada suara bagus ketika menyampaikan lagu Seroja yang dipopularkan S Affendi tapi sayangnya dia tidak ada jiwa, kurang emosi dan penghayatan ketika me nyampaikan lagu berkenaan.

Ketika ditemui selepas konsert berakhir, Mohd Shahridzal berkata, dia tidak menyangka tersingkir pada malam itu.

“Memang saya kecewa apabila diumumkan tersingkir ke rana sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan sedia ada. Tapi mungkin kerana kelebihan luar biasa yang di harapkan penonton pada saya tidak ada malam ini. Saya setuju dengan Farihin, emosi saya tidak keluar.

“Saya juga berasa sedikit terganggu bila melihat undian penonton untuk saya rendah pada permulaan konsert ini.

“Namun, kalah dan menang, sudah adat dalam mana-mana pertandingan. Saya reda dengan ketentuan Tuhan. Berjaya sampai pada tahap sekarang pun, saya sudah bersyukur kerana sepanjang di AN, banyak ilmu dipelajari terutama kelas vokal.

“Antara peserta AN yang memberi saingan sengit kepada saya ialah peserta solo, Azhan Atan, peserta tunggal wanita, Eda Fazilah Ismail (Eda), kumpulan Farhan dan D’vision kerana vokal mereka bagus,” katanya.

Mohd Shahridzal berkata, penyingkiran pada malam itu bukan bermaksud perjuangannya untuk mencari tapak se bagai penyanyi solo juga berakhir.

“Sebenarnya, saya sudah menyanyi sejak kecil lagi. Saya juga mempunyai kumpulan nasyid sendiri, As One ketika di kolej. Selain itu, saya pernah buat uji bakat untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) tapi tidak berjaya.
“Saya memang minat menyanyi dan berharap ada pihak berminat membantu mencapai impian untuk buat album solo. Selain lagu ketuhanan, saya juga minat menyanyikan lagu puisi, pop dan balada,” katanya.

“Saya memang minat menyanyi dan berharap ada pihak berminat membantu mencapai impian untuk buat album solo. Selain lagu ketuhanan, saya juga minat menyanyikan lagu puisi, pop dan balada,” katanya.

Kata Mohd Shahridzal lagi, dia juga mengambil cuti selama tiga bulan semata-mata untuk memberi komitmen pada AN.

“Selepas penyingkiran daripada AN, saya terbabit pula dengan program Nasi Lemak Kopi O dan selepas itu kembali ke Kuantan untuk bekerja seperti biasa,” katanya.

Selain Mohd Shahridzal, dua lagi peserta berkumpulan yang berada di kedudukan membimbangkan minggu lalu, Muslim Voice dan In Heart sekali lagi diumumkan pengacara, Hafiz Hamidon mendapat undian terendah pada konsert kelima berkenaan.

Pada malam itu, Muslim Voice dari Pahang memilih lagu Doa Perpisahan (kumpulan Brothers) dan In Heart dari Kuala Lumpur pula dengan lagu Ku Berlari (Firdaus).

Konsert kelima menyaksikan kehebatan peserta berkum pulan seperti kumpulan Farhan dari Melaka yang mem pertaruhkan lagu Damba Cintamu (Raihan). Persembahan mereka juga mendapat pujian barisan juri terutama Farihin yang mengakui kumpulan itu mempunyai penghayatan bagus ketika menyampaikan lagu berkenaan.

Selain itu, Kumpulan D’Vision (Melaka) yang menyam paikan lagu Syukur (Raihan) turut menawan hati juri. Kata Farihin, mereka mempunyai vokal yang lebih padu dan jelas. Persembahan mereka juga diserikan lagi dengan kelebihan mereka bermain kompang pada malam itu.

Berbanding pada persembahan minggu lalu, rata-rata pe serta solo mempunyai kelemahan dari segi emosi dan peng hayatan pada konsert kelima itu.

Antaranya, Eda, satu-satunya peserta tunggal wanita yang menyampaikan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu (Aishah). Eda mempunyai vokal yang merdu dan lantang tapi hanya memberikan emosi 50 peratus saja pada lagu yang me ngisahkan pengorbanan ibu itu.

Selain diberikan kejutan dengan kemunculan ibunya di pentas, ia tidak banyak membantu penghayatannya pada malam itu.

Begitu juga dengan peserta dari Pahang, Mohd Syukri Nasrun yang menyampaikan lagu Kembara (Al-Jawaher). Entah mengapa, jejaka berbakat ini ‘terlebih emosi’ sehingga menjejaskan persembahannya.

Dua lagi peserta solo yang masih bertahan ialah Azhan dari Johor yang mendendangkan lagu Sesungguhnya (Raihan) dan Mohamad Aiman Mohd Sidek (Terengganu) menyanyikan lagu Hikmah Kembara (kumpulan Mirwana).

Sementara itu, juri tetap, Farihin berkata, secara kese luruhannya pada minggu kelima, persembahan peserta ber kumpulan lebih memberangsangkan berbanding peserta so lo.

“Semua peserta berkumpulan ada peningkatan kecuali kumpulan Muslim Voice. Kumpulan ini dikenali kerana keunikan mereka yang ceria dan bersahaja. Mereka cuba buat kelainan pada konsert ini dengan berlakon tapi nampaknya ia tidak menjadi dan seperti dibuat-buat,” katanya.

Kata Farihin lagi, rata-rata peserta solo mempunyai ke lemahan dari segi emosi dan penghayatan pada persembahan mereka.

No comments: